Salam semua,
Dah lama akak tak update sini. Kami masih lagi menjual kerepek pisang tanduk ya.
RM18 sepeket/350g
Boleh dapatkan di Dilla Desert, Jalan Kebun Shah Alam & di Sani Par Legacy Jln Kebun.
Sabtu & Ahad kami niaga di Bdr Baru Bangi di Roti Canai D'bukit & Pasar Bdr Baru Bangi .
Customer dari Klang dh receive parcel semalam.
2 hari dh dapat via KTMD courier.
Kerepek dan ikan bilis ke area Senawang, Taman Tunku Jaafar dan Seremban jugak dah sampai.
Alhamdulillah shipment ke Singapore sampai pada 23/07/2021.
Ada sedikit caj GST ke atas penerima sebanyak SGD 3.
Yang penting kerepek dan ikan bilis selamat sampai.
1 June 2021, Malaysia kembali lockdown.
Mudah-mudahan wabak C19 dapat dibendungi.
Kami masih beroperasi secara online. Sebarang pesanan kerepek dan ikan bilis bole diposkan terus ke rumah.
Sambutan kerepek pisang tanduk amat memberansangkan Aidilfitri 2021 lepas. Ramai yang suka dan mengemari kerepek kami. Alhamdulillah syukur.
Kita semua doakan supaya tahun hadapan 2022, kita semua dapat balik kg dan beraya bersama keluarga.
Akak dah 3 tahun tak balik beraya bersama mak abah, 2019 suami kemalangan jln raya, 2020-2021 pulak wabak Covid19. Besar sungguh cabaran kami sekeluarga.
Akak letakkan gambar raya 2021 kami sebagai kenangan (Alor Setar, Kelana Jaya, Puchong)
Alhamdulillah produk kami dah masuk radio sinar fm pagi ni - 22.3.2021
Tq kepada DJ geng sepah tu ( Jep,Rahim dan Angah) n team sinar kerana sudi mempromosikan produk kami.
TESTIMONI DARI PELANGGAN
Salam semua,
Akak baru sempat nk update blog akak ni.
Baru-baru ni Ezal Ezlizan MUA dah try kerepek akak. Dia mmg ckp puas hati sgt. Dah ketagih dengan kerepek pisang tanduk ni.
19.10.2020 (Isnin)
Lama tak update sejak PKP ritu....
Akak masih lg menjual kerepek pisang tanduk dengan harga RM15/sepeket.
Nak order bole terus ja www.wasap/60123942336 dan bole jugak diposkan ya.
Kalau yg tinggal dia area Shah Alam, hampa bole dapatkan kerepek akak di KOHIJRAH MART 52, Jln Sg Rasau E 32/E, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.
Hari ni baru berkesempatan update my blog setelah sekian lama tak potpet kat sini.
Maaf semua follower saya busy menguruskan suami yg terlantar sakit di rumah sejak pertengahan Mei 2019 - accident motorsikal.
Walaubagaimana pun, kami masih berbisnes dan menjalankannya seperti biasa.
Untuk info follower saya, kerepek kami dah berada di Bbite Bakery Jalan Abdullah Jalan Kebun Shah Alam Selangor sejak Sept 2019.
Kepada yang tinggal sekitar Jln Kebun, bolehlah singgah Bbite Bakery.
Raya puasa lepas, banyak order kerepek masuk sampai terpaksa reject sebabnya stok pisang mentah habis. Kesian customer2 hari tu..sebab tu kami dok habaq awai2 dah tempah awal, depa dok buat lengai. Last minute baru nak order.
Tq very much Ms. Barbara dari Kota Kemuning, Shah Alam.
First time beli dh rasa puas hati sangat dengan kerepek pisang tanduk kami.
Baru-baru ni ada customer dari Singapore beli kerepek pisang, tapi penghantaran ke rumah kwn dia di JB.
Alhamdullilah dapat good feedback. Dia sangat puas hati dengan kualiti kerepek yang telah dibeli.
9.07.2018 (ISNIN)
Hari ni org Bank Negara dah borong kerepek pisang tanduk.
Hampa semua bila lagi nak try?Serius sedap, rangup dan nipis.
Jom lekaih order 012-3942336
24.05.2018 (KHAMIS)
Hari ni dah hari ke 8 berpuasa. Selamat berpuasa semua. Ni kami nak share review dari pelakon DUKUN kiter Umie Aida.
Alhamdullilah dia berpuas hati dengan keaslian kerepek pisang tanduk dari kami.
Jom sesaper yg teringin nak rasa kudapan ni dan nak buat sebagai juadah di bulan Syawal nanti, boleh start beli ya.Nanti habis stok jangan merajuk nangis bagai.
Stok pisang kali ni agak tipis sebab faktor cuaca. Cepat dapatkan kerepek ni dari kami.
HARGA TERKINI MAY 2018: RM15 @ 350g sepeket
BOLEH DIPOSKAN KE SELURUH SEMENANJUNG
POSTAGE UNTUK 5 PEK KEREPEK HANYA : RM12
BERMINAT CEPAT CALL H/P:012-394 2336 / 013-309 2336 LIN
Hari ni Selasa - 23.01.2018 saya happy sesangat sebab Dato' Siti Nurhaliza telah menerima sedikit buah tangan iaitu kerepek pisang tanduk homemade daripada Adeline Biz Shoppe. Tq Dato' Siti sudi review dalam instagram @ctdk
Moga dilimpahi rezeki.
23.01.2018 ni jugak saya dpt customer yg famous sesangat MUA top kat Malaysia iaitu @ alhaalfa.
Hampa mesti kenai punya, sebab foundation dia Ya Allah meletopp. Best sgt.
Kat bawah ni gambar kenangan dengan alhaalfa, tak tau bila lg dpt jumpa.Maybe join kelas dia la agaknya baru dpt jumpa.
TQVM alhaalfa sudi beli kerepek dari Adeline Biz Shoppe.
15.05.2018 (SELASA)
Baru2 ni ada seorang customer ni, wife dia mengidam sgt kerepek pisang tanduk.
Alhamdullillah dia dh terima kerepek tu.
Sempena perayaan Hari raya puasa ni, kami dah open order, stok sangat2 limited sebab pisang susah nak dapat tahun ni.
Sapa yang nak bole terus call @ watsap 0123942336
1 pek (350g) : RM15.00 shj
Salam semua,
Alhamdullilah last week Khamis 18.1.2018, selesai penghantaran kerepek pisang tanduk ke Singapura.
Hari ni baru dapat update sebab sibuk dengan anak yg demam dah dekat 4 hari.
Tq puan Jue dari Singapore yang sudi online shopping dengan Adeline Biz Shoppe.
So kawan2 dari kota singa boleh la order yer dari kami.
Kami akan berikan pengiraan kos penghantaran sekali custom permit.
Insya Allah dalam 4-5 hari parcel customer sampai ke destinasi.
FEEDBACK DARI CUSTOMER SINGAPORE |
SEJARAH PEMBUATAN KEREPEK PISANG
KEREPEK PISANG TANDUK HOMEMADE
Pisang yang telah dikupas kulitnya |
Pisang yang telah dikupas kulitnya akan direndamkan terlebih dahulu untuk memastikan keaslian warnanya |
kerepek yang sedang digoreng |
kerepek pisang yang sudah digoreng |
PENGHANTARAN KEREPEK PISANG TANDUK HOMEMADE
Penghantaran kerepek pisang ni selalunya sekitar Selangor dan KL seperti area Puchong, Kerinchi, Bangsar, Shah Alam, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan byk lagi.
Luar dari Selangor dan KL pun ada delivery seperti N9, Melaka, Kedah, Perak dan ada jgk pembeli dari Singapura, alhamdullillah rezeki kami. Kebanyakan belian bulk/bundle untuk menjimatkan kos penhantaran.
Alhamdullillah rezki hari ni 7/3/16 penghantaran kerepek ke customer di Maybank Jln Bonus..
Suzie Ana tq kak sudi order dari kami.
Delivery kerepek pisang tanduk ke JKR KL - 17/2/16
Alhamdullillah dapat sambutan di sana.
Semalam kami baru menerima order 10 pek kerepek dari apartment kekwa dan klinik kesihatan puchong - 3/2/16.
Alhamdullillah rezki.
Kepada pengemar kerepek ni, boleh la watsap saya 012-3942336.
Kami boleh deliver ke rumah dengan minimum pembelian 2 pek.
Alhamdullillah rezki pagi ni..kerepek pisang tanduk dah sampai ke destinasi maybank masjid India.
Tq kak Suzie Ana for your big order - 27/1/16
KEREPEK PISANG TANDUK HOMEMADE terhangat di pasaran
LEBIH RANGGUP, LEBIH NIPIS & LEBIH SEDAP
Yang pasti NO MSG
Stok available..yang mana nak order nak ngap2 kat umah, ofis, dalam kereta, untuk kenduri kendara, jamuan kecil boleh pm @ watsap kami 012-3942336
Lagi satu berita gembira, kami tgh mencari AGEN DROPSHIP !! kerepek pisang.
Sesapa yang berminat kat luaq sana maybe surirumah, student, atau sapa2 ja yang nk cari side income boleh hubungi HOTLINE 012-394 2336 untuk pertanyaan lanjut.
Produk killer kami adalah KEREPEK PISANG TANDUK HOMEMADE!
Kerepek pisang ni manually slice guna tangan, tak guna mesin untuk memastikan kualiti, kerangupan dan ketebalan memenuhi citarasa pelangan.
Rasa sekali memang nak lagi. Sangat rangup, nipis dan yg pasti SEDAP!
Nak order boleh call @ watsapp HOTLINE : 012-3942336 Adeline Biz Shoppe
Kat bawah ni you olss boleh tgk gambaq2 pemprosesan kerepek pisang tanduk ni.
1 pek - RM 15.00 - 1/2 kilo |
Customer yang dah beli kerepek ni semua puas hati dan ada yang berkali-kali repeat order.
Alhamdullillah kerepek ni dah sampai ke KL, Selangor, Seremban, Bahau, Melaka, Kedah dan Singapore.
Uolss tengok ni haa testimoni customer kami:-
So cepat-cepat try kerepek ni...memang dijamin sedap dan ranggup. :)